Kang Dong-won meninggalkan YG Entertainment selepas tujuh tahun bersama untuk membuka satu agensi yang baru?

Baru-baru ini, pelakon Kang Dong-won dilapor sedang merancang untuk menubuhkan sebuah agensi pengurusan, selepas kontraknya bersama YG Entertainment tamat.
Seorang pegawai rasmi dari industri hiburan berkata,
Kang Dong-won sedang melakukan persiapan bagi menubuhkan syarikatnya sendiri.
Tambahnya lagi,
Walaupun Kang Dong-won ingin membantu artis lain yang mempunyai impian sama, dia tetap akan memberi keutamaan terhadap kariernya dahulu.
Selain itu, Kang Dong-won juga berhasrat untuk menubuhkan syarikat produksi bagi menghasilkan projek bersama-sama dengan agensinya. Dalam pada itu, dia akan bertanggungjawab terutamanya untuk menghasilkan karya dan bukan sekadar mengarah.
Untuk maklumat korang, Kang Dong-won pernah menjadi pelakon di bawah naungan YG Entertainment bermula pada tahun 2016 hingga 2022.
Info tambahan, Kang Dong-won turut membintangi filem “Broker” pada tahun lepas.
Semoga apa yang dirancang oleh Kang Dong-won berjalan dengan lancar.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉