Ikuti Kami:

Selepas Kejayaan ‘VIP’, Jang Nara Terpaksa Berpuas Hati Lihat Rating 1% ‘Oh My Baby’ Pada Episod Akhir

Selepas Kejayaan ‘VIP’, Jang Nara Terpaksa Berpuas Hati Lihat Rating 1% ‘Oh My Baby’ Pada Episod Akhir

Drama lakonan Jang Na-ra iaitu “Oh My Baby” yang bersiaran di saluran tvN kini telah melabuhkan tirainya selepas 16 episod tayangan.

Sinopsis

“Oh My Baby” merupakan kisah komedi romantik mengenai seorang wanita berusia 39 tahun yang mahukan anak tetapi tidak mahu berkahwin. Apabila sudah berputus asa dengan cinta, tiba-tiba tiga lelaki muncul dalam hidupnya dan membuatkan semua menjadi huru-hara.

Walaubagaimanapun, dunia Ha-ri mula gelap apabila pakar ginekologi itu menyampaikan berita bahawa ovarinya mempunyai jumlah endometriosis (tisu di lapisan uterus membesar di luar rahim) yang agak besar.

episod akhir oh my baby

Penyakitnya itu menyebabkan kesukaran untuk menghasilkan telur yang berkualiti selain kemungkinan untuk mengandung adalah kurang daripada 7%. Bukan itu sahaja, ubat yang diambil selepas menjalani pembedahan juga akan memberi impak kepada niatnya untuk memiliki anak.

Ending manis dan bahagia

Drama ini nyata sesuai untuk sesiapa yang sering mengalami masalah dan dilema mengenai anak, perhubungan dan perkahwinan. Bahkan ia menekankan pelbagai masalah yang dianggap memalukan dalam masyarakat antaranya ialah wanita yang sudah untuk mengandung, lelaki yang mandul dan ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin.

Penonton berasa sedih apabila melihat Ha-ri dan Yi-sang yang mengambil keputusan untuk berpisah dek kekurangan masing-masing. Disebabkan wanita itu mempunyai impian yang besar bagi memiliki anak sendiri, lelaki tersebut tidak mampu merampas kebahagiaan tersebut dek masalahnya yang tidak mampu memberikan anak kepadanya.

Selepas 3 bulan menjauhkan diri daripada satu sama lain, Yi-sang dan Ha-ri tidak dapat menyembunyikan perasaan rindu yang membuak-buak dan meluahkan rasa ingin bersama meskipun terpaksa melepaskan perkara yang paling dihajati mereka. Bahkan pasangan berjaya melawan segala halangan dan bakal menimang cahaya mata sendiri pada akhirnya.

episod akhir oh my baby

Rating sendu sepanjang tayangan

Walaupun meraih rating yang agak okay pada awal tayangannya iaitu 2.9% namun ianya terus jatuh ke paras 1% dan terus berlegar-legar dalam linkungan tersebut. Sepertinya lakonan hebat yang ditonjolkan oleh para pelakon utamanya seperti Jang Na-ra dan Go-joon tidak mampu menyelamatkan “Oh My Baby”.

Mungkin juga kerana plotnya yang longgar dan tak meyakinkan membuatkan penonton tak mampu menonton drama ini sehingga ke penghujungnya?

Sampai kita bertemu lagi dengan Jang Na-ra dalam drama baru suatu hari nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...