Ikuti Kami:

Selepas Jisoo BLACKPINK, Kim Hyeyoon & Jung Haein Dikhabarkan Bakal Sertai Drama ‘Snowdrop’

Selepas Jisoo BLACKPINK, Kim Hyeyoon & Jung Haein Dikhabarkan Bakal Sertai Drama ‘Snowdrop’

Ingat tak apabila Ji-soo daripada kumpulan BLACKPINK disahkan bakal membintangi drama pertamanya sebagai seorang pelakon utama? Nampak gayanya makin ramai lagi pelakon lain yang telah disahkan bakal tampil dalam naskhah yang sama!

Pada 24 Ogos, Kim Hye-yoon yang popular menerusi drama “SKY Castle” dan “Extraordinary You” telah disahkan akan berlakon sebagai pelakon wanita utama untuk drama “Snowdrop” ini.

kim hyeyoon snowdrop

Tak cukup dengan itu, dikhabarkan bahawa pelakon lelaki kacak iaitu Jung Hae-in juga mungkin akan menggalas tugas sebagai pelakon lelaki utama untuk drama ini.

Agensinya juga turut memberikan respons mereka mengenai khabar angin ini,

Ini adalah salah satu projek daripada beberapa yang lain yang diterima olehnya dan dia kini sedang menelitinya.

jung haein snowdrop

Ramai yang tertanya-tanya mengenai “Snowdrop” memandangkan tak banyak informasi yang dihebahkan mengenai drama tersebut setakat ini lagi. Melainkan ia bakal diarahkan dan skrip pula digarap oleh orang yang sama menjayakan drama “SKY Castle”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...