Ikuti Kami:

Selepas Jadi Bapa, Chansung 2PM Buka Saluran YouTube Ulasan Makanan

Selepas Jadi Bapa, Chansung 2PM Buka Saluran YouTube Ulasan Makanan

Nampaknya, Chan-sung 2PM telah jumpa dengan hobi baharunya.

Pada 12 Ogos, agensi telah mengumumkan bahawa Chan-sung akan membuka saluran YouTube peribadi yang diberi nama ‘I Approve Of This Dish!’.

Menerusi saluran YouTube ‘I Approve Of This Dish!’, Chan-sung akan mencipta resipi, di mana dia akan meneroka restoran yang berbeza, sama ada baharu dan lama, merasai menu popular dan menciptanya semula dengan resipinya sendiri.

Tambahan, pelakon dan idola itu turut merancang ingin memperkenalkan penilaian rasa jujurnya dan menawarkan petua memasak kepada mereka yang ingin membuat versi mereka sendiri bagi hidangan popular itu.

chansung 2pm

Chan-sung turut berkongsi sebab dia membuka saluran YouTube tersebut,

Saya ingin mencipta saluran yang membawa kandungan penuh ketawa dan penyembuhan kepada peminat yang keletihan secara fizikal dan mental akibat wabak baru-baru ini. Sambil memikirkan perkara yang saya boleh mahir dan perkara yang anda akan suka, saya memutuskan untuk memulakan dengan kandungan yang berkaitan dengan makanan. Saya harap ia adalah saluran yang boleh dinikmati oleh semua orang dan boleh berkomunikasi dengan lebih dekat melalui ‘I Approve Of This Dish!’.

Untuk pengetahuan, saluran YouTube Chan-sung akan dilancarkan pada minggu depan.

Jangan lupa ‘subscribe’ tau nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...