Nampaknya drama “Your Honor” menunjukkan prestasi yang membanggakan kini.
Ia mengisahkan dua orang bapa dengan naluri keibubapaan yang kuat dan menjadi kejam untuk melindungi anak-anak mereka dari sebarang kesusahan.
Selepas kejayaan “Extraordinary Attorney Woo”, drama ini menjadi drama kedua dengan rating tertinggi dalam sejarah ENA.
Menurut Nielsen Korea, episod ke-6 drama itu meraih rating penonton purata sebanyak 4.3% di seluruh negara. Ini merupakan peningkatan sebanyak 0.4% daripada rating episod sebelumnya yang mencatatkan 3.9%, sekali lagi mencipta rekod peribadi terbaik yang baharu.
Best tak drama korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi