Ikuti Kami:

Selepas ‘DDU-DU DDU-DU’, Video Muzik BLACKPINK ‘Kill This Love’ Turut Raih 1 Bilion Tontonan Di YouTube

Selepas ‘DDU-DU DDU-DU’, Video Muzik BLACKPINK ‘Kill This Love’ Turut Raih 1 Bilion Tontonan Di YouTube

Semakin hari, semakin mengganas kumpulan K-Pop popular BLACKPINK! Bayangkan Jennis, Ji-soo, Rosé dan Lisa bangun pagi sahaja pasti ada rekod baru yang mereka cipta.

Terbaru, pada 2 September tepat jam 3.08pm (waktu Korea), video muzik untuk “Kill This Love” telah pun meraih 1 bilion tontonan di laman penstriman YouTube. Rekod ini dicatatkan selepas 1 tahun 4 bulan 28 hari dan 15 jam sejak ia diriliskan untuk tontonan umum pada 5 April 2019.

blackpink kill this love raih 1 bilion tontonan

Kalau anda nak tahu, ini bukanlah kali pertama BLACKPINK mencipta rekod bersejarah ini. Sebelum ini, video muzik untuk lagu “DDU-DU DDU-DU” turut melepasi 1 bilion tontonan pada November lalu.

Bukan sahaja kumpulan yang dianggotai 4 orang gadis manis ini, malah terdapat beberapa video muzik artis Korea lain yang pernah mencatatkan pencapaian yang mengagumkan ini. Antara daripada mereka ialah BTS dengan lagu “DNA” serta PSY dengan lagu “Gangnam Style” dan “Gentleman”.

Tahniah buat BLACKPINK! Dalam kalangan artis lelaki, terselit juga kehebatan wanita kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...