Selepas BLACKPINK & 2NE1, aespa Sah Akan Buat Persembahan Di Coachella
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
aespa sah akan menjadi kumpulan gadis K-pop ketiga yang akan membuat persembahan di Festival Muzik dan Seni Coachella Valley!
Untuk pengetahuan, aespa telah dijemput untuk membuat persembahan di pentas utama Coachella pada 23 April (waktu tempatan). Ramai artis, seperti Harry Styles, Billie Eilish, Doja Cat, Conan Grey, yang juga menjadi sebahagian daripada barisan tahun ini, dan artis Korea seperti EPIK HIGH dan 2NE1 turut muncul.
Tambahan, juga dilaporkan bahawa aespa akan mempersembahkan lagu hit mereka “Black Mamba”, “Next Level”, dan “Savage” serta satu lagu baharu yang belum pernah dikeluarkan.
#aespa becomes KPOP’s first girl group to be invited to perform on the main stage of America's biggest music festival, #Coachella! Setlist includes some of their hottest tracks along with an unreleased new song! Their much anticipated performance will take place on April 23!
— aespa (@aespa_official) April 19, 2022
Jangan risau, bagi peminat yang tidak dapat menghadiri secara bersemuka, acara itu akan disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube Coachella. Jadi, korang boleh tonton di situ!
Teruja untuk saksikan penampilan aespa di Coachella!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




