Utama Celebrity News Selepas Berehat Seketika Kerana Anxiety, Mina TWICE Disahkan Bakal Sertai Album Baru!

Selepas Berehat Seketika Kerana Anxiety, Mina TWICE Disahkan Bakal Sertai Album Baru!

twice mina

Seperti yang diketahui peminat K-Pop, Mina iaitu ahli kumpulan TWICE telah berehat daripada sebarang aktiviti seni kerana tahap kesihatannya yang tidak mengizinkan. JYP Entertainment mengumumkan bahawa Mina mengalami masalah kebimbangan (anxiety issues) sehingga mengekangnya daripada menyertai apa-apa aktiviti bersama kumpulannya.

mina_anxiety

Ramai peminat yang mendoakan kesihatan Mina supaya kian pulih turut ingin mengetahui sama ada gadis itu akan menyertai produksi album terbaru TWICE. Kemunculan semula kumpulan itu dijadualkan akan keluar pada 23 September ini dengan album mini bertajuk ‘Feel Special’.

Selepas berteka-teki, peminat berasa gembira kerana mendapat klu yang mengesahkan penyertaan Mina dalam abum mini ini. Hal ini kerana, peminat dapat menangkap klu di mana terdapat sembilan rekaan CD selain jumlah yang sama untuk photocard yang diberikan sekali di dalam album itu.

mina twice

Namun begitu, penyertaan Mina dalam mana-mana aktiviti promosi seperti persembahan rancangan muzik ataupun fansign masih tidak dapat dipastikan lagi. JYP menjelaskan sebarang keputusan mengenai hal tersebut akan ditentukan menerusi persetujuan Mina dan juga perbincangan bersama ahli TWICE yang lain.

Menghadiri promosi album memang penting, tapi yang paling penting adalah kesihatan Mina sendiri. Buat apa melakukan kemunculan semula tapi kemampuan tubuh badan tak mengizinkan. ONCE juga pasti memahami dan tak akan memaksa ahli TWICE untuk melakukan sebarang aktiviti jika tidak sihat.

Sumber: Allkpop

Loading...