Selepas Amber, Victoria Umum Tinggalkan SM Entertainment. Apa Nasib f(x)?

fx

Sudah hampir 4 tahun album terakhir kumpulan wanita f(x) iaitu ‘4 Walls’ dikeluarkan. Semenjak daripada itu, kesemua ahli kumpulan f(x) iaitu Victoria, Luna, Amber dan Krystal sibuk dengan aktiviti solo.

Walaupun peminat dapat melihat mereka menerusi album solo, lakonan, aktiviti model dan pelbagai lagi, tapi mereka inginkan album baru di bawah nama f(x).

Nampak gayanya, peminat terpaksa kuburkan hasrat itu kerana Victoria baru sahaja memuat naik entri di Weibo dan menyatakan bahawa dia sudah meninggalkan SM Entertainmant selepas kontraknya tamat.

amber_victoria

Baru beberapa hari lepas, Amber mengumumkan dia telah meninggalkan syarikat itu dengan alasan yang sama selain inginkan permulaan yang baru selepas 10 tahun di bawah naungan mereka.

Rata-rata peminat melahirkan rasa sedih kerana harapan mereka untuk melihat kemunculan semula kesemua ahli f(x) bersama nampaknya seperti mustahil.

Mereka juga turut menantikan apakah langkah seterusnya yang akan diambil oleh ahli kumpulan yang lain iaitu Krystal dan Luna mengenai aktiviti seni mereka. Selain menanti apa nasib jenama f(x) pada masa hadapan.

Baru sahaja menyambut ulangtahun f(x) ke-10 baru-baru ini namun peminat dikejutkan pula dengan berita sedih ini. Walaubagaimanapun, kesemua peminat mengharapkan yang terbaik dengan apa-apa keputusan yang diambil oleh setiap ahli kumpulan kesayangan mereka itu.

Sumber: Koreaboo

Leave a Reply