Ikuti Kami:

Selepas ‘All Of Us Are Dead’, Yoon Chanyoung Bakal Terajui Drama Noir Remaja ‘Juvenile Deliquency’

Selepas ‘All Of Us Are Dead’, Yoon Chanyoung Bakal Terajui Drama Noir Remaja ‘Juvenile Deliquency’

Selepas kejayaan “All Of Us Are Dead”, semua pasti menantikan apakah naskhah terbaru yang bakal dilakonkan oleh para pelakon siri itu kan?

Buat Yoon Chan-young, dia disahkan bakal menerajui sebuah drama bertajuk “Juvenile Deliquency” yang bakal ditayangkan di platform KT Seezn tak lama lagi.

Ianya membawa kisah Da-jung (Won Ji-ahn) yang berusia 18 tahun menemui sebuah ladang ganja dan rakannya yang cuba mencari makna hidup dalam kehidupan yang kosong. Drama ini akan memaparkan kisah manusia membesar, merasai cinta dan luka dek Da-jung yang digunakan oleh ibu bapanya untuk membawa dadah, kemudiannya berkenalan dengan Yoon-tak (Yoon Chan-young) iaitu seorang budak kampung dan sahabatnya yang lain.

kt seezn juvenile deliquency

“Juvenile Deliquency” turut akan memaparkan pelakon lain seperti Yoon Hyun-soo, Han Se-jin dan Yang Seo-hyun yang bertanggungjawab membawa watak sebagai rakan dua watak utama itu.

Sudah pun menjalani penggambaran, siri itu akan menghasilkan musim pertama dan kedua sekaligus dan akan menjumpai penonton pada separuh pertama 2022 di platform penstriman berkenaan.

Sama-sama kita nantikan drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...