Siap sedia semua untuk tonton drama “The Worst Evil” bakal menemui penonton tak lama lagi!
Untuk pengetahuan, penggambaran “The Worst Evil” telah bermula pada 24 Ogos tahun lalu.
Terbaru pada 28 April, pasukan produksi telah mengumumkan bahawa drama tersebut telah selesai menjalani penggambaran selepas 8 bulan bekerja untuk projek ini.
Bagi yang belum tahu, “The Worst Evil” akan diterajui Ji Chang-wook, Wi Ha-joon dan Im Se-mi, membawa kisah seorang pegawai polis yang menemui jalan buntu ketika menyiasat kancah dadah antarabangsa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk membongkarkan jenayah mereka.
Menambah keterujaan penonton, Ji Chang-wook berkata,
Saya tidak menyesal. Ia adalah projek yang saya sangat seronok bekerja dan gembira dapat bertemu dengan ‘kejahatan terburuk’.
Wi Ha-joon turut meluahkan perasaannya,
Sudah lapan bulan saya tenggelam dalam watak Jung Ki-cheol. Ia amat kesal untuk berpisah dengan semua pelakon, kakitangan dan pengarah di set. Ia adalah masa yang saya sangat rasa bersyukur dan gembira.
Nantikan “The Worst Evil” bakal ditayangkan pada separuh kedua 2023 di seluruh dunia melalui Disney+!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉