Nation’s fairy Korea dah kembali!
Nama Lee Hyo-ri tidak asing lagi dikalangan peminat Korea apa-apa lagi selepas penyanyi itu menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan REFUND SISTERS bersama dengan Hwasa, Jessi dan Uhm Jung-hwa di dalam rancangan “Hangout With Yoo”.
Lee Hyo-ri telah membuat keputusan untuk mengeluarkan single digital terbarunya yang berjudul ‘Hoodie On Shorts’ pada 12 Oktober ini buat pertama kali selepas bernaung di bawah syarikat ANTENNA.
이효리 DS [후디에 반바지]
LEE HYO RI DS [HOODIE E BANBAJI]🩳 Mood Film https://t.co/RiAB6tT8rT
2023. 10. 12. 6PM Release #LEEHYORI#후디에반바지 #HOODIEEBANBAJI#20231012_6PM pic.twitter.com/QEihs27PBa
— 안테나 Antenna (@antennamusic) October 2, 2023
Pihak agensinya iaitu ANTENNA mengatakan bahawa mereka akan membuktikan bahawa daya tarikan unik Lee Hyo-ri masih lagi sama seperti dahulu walaupun zaman telah berubah.
Lagu ini juga bakal menjadi lagu pertama yang dikeluarkan oleh Lee Hyo-ri selepas album ‘Black’ yang dikeluarkanya pada enam tahun yang lalu.
Lee Hyo-ri yang digemari kerana muzik dan persembahannya yang sentiasa mengikut peredaran zaman serta konsep dan daya tarikannya yang elegan dan penuh keyakinan itu juga menarik perhatian ramai pihak tentang kisah yang bakal disampaikan menerusi lagu baharunya itu.
Tak sabar nak dengar lagu baru Hyo-ri nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.