Ikuti Kami:

Selepas 5 Tahun, Lee Seunggi Bakal Kembali Sebagai Penyanyi Dengan Album Studio Baru

Selepas 5 Tahun, Lee Seunggi Bakal Kembali Sebagai Penyanyi Dengan Album Studio Baru

Walaupun aktif sebagai pelakon, Lee Seung-gi sebenarnya memulakan karier seninya sebagai seorang penyanyi. Bahkan dia pernah menjadi kegilaan ramai dahulu dek dendangan lagu romantik bertajuk “Because You’re My Woman”.

Selepas 5 tahun hanya memberikan fokus kepada lakonan, Lee Seung-gi mengumumkan bahawa dia bakal meriliskan album studio ke-7 pada bulan hadapan. Menandakan ia adalah album pertamanya selepas 5 tahun.

album baru lee seunggi

Sebelum mengeluarkan album penuh pada Disember nanti, Lee Seung-gi akan membuat kemunculan sebagai penyanyi dengan lagu pra-rilis “Cliché Man” pada 15 November. Ini juga adalah pertama kali lelaki itu berkolaborasi dengan komposer dan penulis lirik terkenal, Yoon Jong-shin.

Kalau anda nak tahu, Lee Seung-gi membuat keputusan untuk kembali aktif sebagai penyanyi selepas menerima sambutan yang hangat daripada netizen dek persembahan lagu “Forbidden Love” dendangan Kim Kyung-ho dalam salah satu episod rancangan hiburan “Master In The House”.

Menurut agensinya,

Selepas risau memikirkan apa yang boleh dibalas terhadap cinta yang ditunjukkan oleh para peminat selain sokongan terhadap persembahan ‘Forbidden Love’ tersebut, Lee Seung-gi membuat keputusan untuk kembali sebagai penyanyi. Lee Seung-gi tekad mahu merealisasikan impian peminat dan kembali dengan muzik yang lebih tinggi kualitinya. Tolong berikan sokongan kepada Lee Seung-gi, yang kini sedang gementar dan teruja untuk melakukan kemunculan pertamanya selepas sekian lama sebagai penyanyi.

Suara Lee Seung-gi boleh tahan hebat tahu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...