Ikuti Kami:

Selepas 5 Tahun, Keluarga Sam Hammington Umum Undur Diri Dari ‘Superman Returns’

Selepas 5 Tahun, Keluarga Sam Hammington Umum Undur Diri Dari ‘Superman Returns’

Sedih kan setiap kali ada keluarga “Superman Returns” yang membuat keputusan untuk meninggalkan rancangan.

Terbaru, Sam Hammington dan dua anaknya iaitu William dan Bentley mengumumkan bahawa mereka akan mengundurkan diri daripada program itu. Menurut laporan, mereka sudah pun menamatkan rakaman terakhir baru-baru ini.

Sudah 5 tahun bersama, Sam Hammington turut berkongsi mengenai berita itu di laman Instagramnya.

Terima kasih untuk semuanya selama 5 tahun ini. Saya tak boleh ungkapkan dengan kata-kata mengenai perasaan saya pada hari ini namun kami sudah membuat memori yang indah. Setiap permulaan akan ada pengakhirannya, walaupun mendukacitakan namun ini adalah masa yang tepat untuk kami meneruskan hidup. Disebabkan peminat, kami mempunyai banyak kenangan indah. Terima kasih. Kami berharap agar anda akan terus menyokong dan menyayangi kami pada masa hadapan juga. Jaga diri, sentias gembira dan kami sayangkan anda!

Alaaa pasti rindu nak tengok keletah Willian dan Bentley nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...