Ikuti Kami:

“Cantik Badannya” – Tampil Langsing Selepas 5 Bulan Bersalin, Son Yejin Kembali Aktif

“Cantik Badannya” – Tampil Langsing Selepas 5 Bulan Bersalin, Son Yejin Kembali Aktif

Pejam celik, rupanya sudah 5 bulan Son Ye-jin melahirkan anak pertamanya.

Tidak aktif sejak sebelum berkahwin, wanita itu akhirnya kembali ke industri hiburan Korea dengan aktivit terbaru iaitu sebagai model jenama probiotik popular dan menggayakan iklan buatnya.

son yejin

Ulas jenama itu mengenai pemilihan Son Ye-jin,

Sebagai pelakon berskala mewah, Son Ye-jin yang memiliki pengaruh global sepadan dengan imej jujur syarikat ini. Jadi, kami memilihnya sebagai model.

Pelakon wanita itu turut sempat memuat naik entri baru di Instagram bagi meraikan iklan terbaru ini. Melihatkan badan yang langsing, rata-rata peminat memberikan pujian melambung buatnya kerana berjaya menguruskan badan kembali dalam masa yang singkat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 손예진 (@yejinhand)

Dalam pada itu, pelakon wanita ini dilihat bahagia meluangkan masa bersama suaminya, Hyunbin di Jepun baru-baru ini bersama anak sulung mereka.

Makin berseri-seri!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...