Utama Drama Korea Selepas 4 Tahun, Soo Ae Dikhabarkan Bakal Terajui Drama Thriller Misteri Psikologi...

Selepas 4 Tahun, Soo Ae Dikhabarkan Bakal Terajui Drama Thriller Misteri Psikologi ‘Gojak City’

soo ae

Selepas terpaksa menolak membintangi drama “Now, We’re Breaking Up” kerana masalah penjadualan nampaknya Soo Ae sekali lagi dikhabarkan bakal membintangi sebuah drama JTBC baru tak lama lagi.

“Gong Jak City” ialah drama thriller misteri psikologi mengenai kehidupan beberapa watak yang bercita-cita tinggi dan keinginan berbelit dan tersembunyi di sebalik sisi gelap masyarakat. Ia merupakan naskhah yang mengenegahkan watak wanita dan Soo Ae dikatakan bakal membawa watak Yoo Jae-hee.

soo ae

Pada 2 Disember, agensi naungan pelakon itu mengesahkan bahawa Soo Ae ada menerima tawaran berlakon daripada drama tersebut.

Jikalau Soo Ae menerima tawaran ini, ia merupakan drama pertamanya selepas membintangi “Sweet Stranger And Me” pada tahun 2016.

Sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenai drama ini nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...