Ikuti Kami:

Selepas 4 Tahun Menyepi, Lee Youngae Dilamar Terajui Drama Thriller Aksi ‘Incredible Koo Kyungyi’

Selepas 4 Tahun Menyepi, Lee Youngae Dilamar Terajui Drama Thriller Aksi ‘Incredible Koo Kyungyi’

Selepas 4 tahun, Lee Young-ae dikatakan bakal kembali dengan sebuah baru nanti.

Menurut laporan, pelakon wanita menawan itu akan berlakon dalam drama “Incredible Koo Kyung-yi”. Naskhah ini digambarkan sebagai “Killing Eve” versi Asia di mana ia menfokuskan kepada wanita yang terlibat dengan kisah thriller aksi pertempuran seorang detektif berusia 40-an yang juga bekas pegawai polis tapi kini bertugas sebagai penyiasat insurans dan perlu berlawan dengan seorang pelajar universiti perempuan yang merupakan pembunuh bersiri.

Jelas sumber itu lagi, bekas pegawai polis itu mula hidup menyendiri selepas kematian suaminya manakala pelajar itu merupakan seorang yang sangat ceria dan ‘hip’ namun mempunyai hati yang hitam. Lee Young-ae ditawarkan untuk membawa watak Koo Kyung-yi, seorang detektif peribadi yang bijak dan sangat suka berada di rumah apabila sudah menyelesaikan tugasnya.

lee youngae

Malah agensi pelakon wanita itu turut memberikan kenyataan pendek,

Lee Young-ae ada menerima tawaran ‘Incredible Koo Kyung-yi’ dan kini sedang menelitinya.

Dah rindu nak tengok Lee Young-ae berlakon drama kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...