Ikuti Kami:

Selepas 4 Tahun Berkahwin & Dikurniakan Seorang Anak Lelaki, Hwang Jungeum Fail Penceraian

Selepas 4 Tahun Berkahwin & Dikurniakan Seorang Anak Lelaki, Hwang Jungeum Fail Penceraian

Siapa yang membina rumah tangga tapi mahu ianya berakhir dengan penceraian kan? Pun begitu, hujan tidak sampai ke petang buat pelakon Hwang Jung-eum dan suaminya apabila wanita itu dikhabarkan telah failkan penceraian selepas 4 tahun berkahwin.

Perkara mengejutkan itu diumumkan sendiri oleh label naungan pelakon itu iaitu C-Jes Entertainment.

Memang benar Hwang Jung-eum telah menyerahkan permohonan untuk pengantaraan penceraian. Kami akan pastikan kedua-dua pihak akan dapat berunding mengenai perpisahan secara lancar.

hwang jungeum fail penceraian

Malah syarikat pelakon tersebut meminta semua orang memahami sekiranya mereka tidak mendedahkan sebarang perincian mengenai penceraian ini termasuklah puncanya bagi mengehormati hal peribadi Hwang Jung-eum dan suaminya.

Untuk pengetahuan anda, Hwang Jung-eum telah mendirikan rumah tangga dengan seorang bekas pemain golf profesional dan juga ahli perniagaan iaitu Lee Young-don pada tahun Februari 2016 sebelum menyambut cahaya mata lelaki pada Ogos tahun berikutnya.

hwang jungeum fail penceraian

Nantikan perkembangan lanjut mengenai berita ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...