Ikuti Kami:

Selepas 4 Tahun, 2PM Bakal Buat Kemunculan Semula Pada Mac Nanti

Selepas 4 Tahun, 2PM Bakal Buat Kemunculan Semula Pada Mac Nanti

Khabarnya 2PM bakal buat kemunculan penuh tak lama lagi!

Pada 14 Januari, JYP Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan itu merancang untuk membuat kemunculan semula bersama 6 ahlinya selepas Lee Jun-ho tamat latihan ketenteraan secara rasmi pada Mac nanti.

Walaupun 2PM tidak membuat kemunculan berkumpulan sejak 2016 kerana ahlinya menjalani latihan ketenteraan, muzik dendangan mereka kekal menjadi siulan dan mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja kerana aktiviti solo dan projek istimewa, malah lagu “My House” yang diriliskan pada tahun 2015 tiba-tiba tular dan menjadi popular dalam kalangan umum dan idola muda pada tahun lalu.

2PM

Tak sabar menantikannya, kata 2PM,

Dengan semua ahli ada bersama, kami akan memberikan kandungan terbaik buat anda. Tolong nantikan tahun 2021 yang dipenuhi dengan 2PM.

Yes! Akhirnya 2PM akan rilis muzik baru.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...