Ikuti Kami:

Selepas 3 Tahun, Lee Nayoung Kembali Berlakon Dalam ‘Park Hakyung’s Travels’

Selepas 3 Tahun, Lee Nayoung Kembali Berlakon Dalam ‘Park Hakyung’s Travels’

Rindu tak nak tengok lakonan Lee Na-young selepas “Romance Is A Bonus Book” tamat 3 tahun yang lalu?

Terbaru, drama bersiri wavve iaitu “Park Hakyung’s Travels” mengesahkan bahawa meraka telah mengambil Lee Na-young sebagai teraju utama naskhah tersebut selain sudah memulakan penggambaran kini.

25 minit setiap episod, ianya membawa kisah Park Ha-kyung iaitu seorang guru bahasa Korea yang sentiasa melakukan perjalanan sehari pada hari Sabtu sewaktu semua orang mahu menghilangkan diri dengan berjumpa, berjalan, makan dan mencari ketenangan dan empati.

lee nayoung

Seperti semua orang, Park Ha-kyung juga mempunyai waktu di mana dia mahu melarikan diri dari kehidupan biasa kerana berasa akan menggila jika berterusan kekal di satu tempat Menerusi perjalanan wanita itu, penonton akan disajikan pelbagai genre seperti melodrama, kemanusiaan, komedi dan fantasi pada setiap episod.

Dalam pada itu, “Park Hakyung’s Travel” mengandungi 8 episod dan belum mempunyai tarikh tayangan spesifik lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...