Ikuti Kami:

Selepas 3 Tahun Fenomena ‘Goblin’, Gong Yoo Bakal Kembali Berlakon Dalam Drama Sci-Fi Bersama Bae Doona

Selepas 3 Tahun Fenomena ‘Goblin’, Gong Yoo Bakal Kembali Berlakon Dalam Drama Sci-Fi Bersama Bae Doona

Setelah 3 tahun tidak berlakon dalam sebarang drama selepas tamat naskhah popular iaitu “Goblin”, Gong Yoo akhirnya dikhabarkan bakal kembali dengan drama bergenre sci-fi “The Sea Of Silence” tak lama lagi. Kalau anda nak tahu naskhah itu merupakan siri asal di bawah garapan laman penstriman Netflix.

Drama ini mengisahkan tentang thriller sci-fi yang berlaku di masa hadapan di mana bumi kering kontang dan hanya tinggal bekalan makanan dan minuman yang terhad sahaja. Daripada itu, satu pasukan khas telah ditugaskan untuk mendapatkan sampel misteri daripada sebuah tapak penyelidikan ditinggalkan di bulan.

the sea of silence gong yoo

Gong Yoo dikatakan akan membawa watak Yoon Jae, seorang tentera dan ketua pasukan di Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik. Karakternya mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan mampu mengemudi anak buahnya dengan kelebihan dan karisma yang dimilikinya.

Kalau anda nak tahu, produser kepada drama “The Sea Of Silence” ini ialah Jung Woo-sung iaitu seorang pelakon yang tak asing lagi dalam industri perfileman Korea. Manakala, Bae Doo-na pula masih lagi dalam perbincangan untuk melakonkan salah satu watak dalam drama sci-fi ini.

the sea of silence bae doona

Jika semuanya berjalan dengan lancar, drama ini akan memulakan penggambaran pada Ogos nanti dan ia merupakan projek yang dibahagikan kepada 8 bahagian. Walaubagaimanapun, pihak Gong Yoo menjelaskan bahawa mereka sudah menerima skrip drama ini dan sedang dalam pertimbangan.

Mesti Gong Yoo nampak gagah kan dengan watak sebegini?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...