Ikuti Kami:

Selepas 3 Tahun, D.O. EXO Dilamar Terajui Drama Perundangan ‘True Swordsmanship’

Selepas 3 Tahun, D.O. EXO Dilamar Terajui Drama Perundangan ‘True Swordsmanship’

Selepas 3 tahun “100 Days My Prince” tamat, nampaknya Do Kyung-soo ataupun D.O. daripada kumpulan EXO sudah bersedia untuk kembali ke dunia K-Drama.

Menurut sumber media, idola itu dikatakan bakal menerajui drama “True Swordsmanship”. Ianya merupakan drama perundangan mengenai seorang pendakwa raya jujur yang dilengkapi dengan kegagahan dan keteguhan bagi mencapai keadilan buat golongan lemah. Dia berusaha keras bagi memusnahkan organisasi pendakwaan dan juga kesemua rasuah yang berlaku dalam Korea.

Jika dia menerima tawaran ini, D.O. bakal melakonkan watak Jin Jeong, seorang pendakwa raya nakal di pejabat pendakwaan.

d.o. exoRespon SM Entertainment,

Do Kyung-soo ada menerima tawaran untuk muncul dalam ‘True Swordsmanship’ dan sedang menelitinya secara positif.

Baru sahaja beberapa bula menamatkan latihan ketenteraan, D.O. sudah pun sibuk dengan penggambaran filem sci-fi “The Moon” selain baru sahaja meriliskan album solo pertama berjudul “EMPATHY”. Malah dia juga ada menerima tawaran daripada beberapa projek lain.

Okay tak D.O. berlakon jadi pendakwaraya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...