Ikuti Kami:

Selepas 3 Tahun Beroperasi, Kafe Milik Lee Jongsuk Tutup Operasi Kerana Situasi COVID-19

Selepas 3 Tahun Beroperasi, Kafe Milik Lee Jongsuk Tutup Operasi Kerana Situasi COVID-19

Kalau anda peminat Lee Jong-suk, pasti anda mengetahui bahawa lelaki berbakat besar itu juga memiliki sebuah kafe bernama 89 Mansion terletak di Garosu-gil, Seoul. Bahkan peminat sendiri ada terserempak dengan lelaki itu yang kadang-kadang melayan pelanggan di kedai yang dibuka sejak 2017 itu.

Disebabkan ramai yang mempunyai impian untuk melawati kafe tersebut dengan harapan dapat berjumpa dengan selebriti itu, kawasan itu menjadi tempat lepak yang agak popular dalam kalangan pengunjung daripada luar negara. Walaubagaimanapun berita menyedihkan untuk semua, ini kerana 89 Mansion dikhabarkan bakal menghentikan operasi mereka buat selama-lamanya bermula 14 September nanti.

 

View this post on Instagram

 

커피를 마실 줄이나 알았지😒

A post shared by 이종석 (@jongsuk0206) on

Ini kerana situasi pandemik COVID-19 yang sedikit sebanyak melumpuhkan operasi perniagaan milik Lee Jong-suk itu. Bahkan pengumuman itu turut dibuat di laman Instagram rasmi kafe tersebut.

89 Mansion akan menghentikan pengembaraan pendeknya pada 14 September nanti.

Kalau anda nak tahu, 14 September ialah tarikh lahir pelakon popular tersebut. Nampaknya lelaki itu juga sepertinya sukar untuk melepaskan buah tangannya itu pergi.

Tak sempat nak pergi lagi, dah tutup!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...