Ikuti Kami:

Selepas 11 Tahun, Lee Kwangsoo Umum Undur Diri Daripada ‘Running Man’

Selepas 11 Tahun, Lee Kwangsoo Umum Undur Diri Daripada ‘Running Man’

Mendukacitakan apabila Lee Kwang-soo khabarnya bakal mengundurkan diri daripada rancangan “Running Man” selepas 11 tahun menyertainya.

Menurut agensinya,

Lee Kwang-soo akan mengundurkan diri daripada SBS ‘Running Man’. Pengambaran terkahirany akan berlangsung pada 24 Mei. Dia telah menjalani rawatan rehabilitasi secara konsisten sejak kecederaannya pada tahun lalu, namun agak sukar baginya untuk berada dalam kondisi yang sempurna semasa rakaman. Selepas berbincang dengan panjang bersama ahli lain, produser dan agensi sejak kemalangan itu, dia membuat keputusan untuk berehat bagi menjaga badan dan mindanya. Kami berterima kasih kerana memberikan kasih sayang dan perhatian kepada Lee Kwang-soo dalam ‘Running Man’.

lee kwangsoo

Lapor SBS pula,

Ini ialah kenyataan rasmi kami mengenai pengunduran Lee Kwang-soo daripada SBS ‘Running Man’.

Ahli ‘Running Man’ pihak produksi sudah berbincang mengenai peninggalan Lee Kwang-soo daripda program tersebut sejak sekian lamanya. Dan kami akan menghormati keputusan Lee Kwang-soo untuk mengundurkan diri.

Sejak daripada kemalangan tahun lalu, Lee Kwang-soo telah menjalani proses rehabiltasi untuk kakinya, meskipun tidak berada dalam kondisi yang baik, dia menjalani rawatan tersebut dan pengambaran ‘Running Man’ pada masa yang sama atas rasa tanggungjawab dan sayangnya kepada rancangan itu. Walaubagaimanapun, sukar baginya untuk melakukannya serentak dan dia meluahkan kerisauan tersebut kepada ahli dan juga pihak produksi.

Ahli lain dan pihak produksi mahu meneruskan bersama Lee Kwang-soo dalam ‘Running Man’ untuk masa yang lama, namun pandangan dia sebagai ahli rancangan itu adalah penting, jadi kami membuat keputusan untuk menghormati pilihan tersebut selepas lama berbincang. Walaupun terpaksa menjalani pengakhiran yang cantik, kami meminta penonton untuk memberikan sokongan kepada Lee Kwang-soo dan ahli lain yang membuat keputusan yang susah ini. Setiap ahli dan pasukan produksi juga akan menyokong Lee Kwang-soo, seroang ahli ‘ahli kekal. Terima kasih.

Sedihnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...