Ikuti Kami:

Selepas 10 Tahun, CNBLUE Kembali Dengan Konsert ‘CNBLUENTITY’ Di KL

Selepas 10 Tahun, CNBLUE Kembali Dengan Konsert ‘CNBLUENTITY’ Di KL

Penantian peminat CNBLUE selepas hampir 10 tahun untuk melihat kumpulan pop-rock Korea Selatan itu mengadakan persembahan di Malaysia bakal menjadi kenyataan.

Kehadiran CNBLUE bagi menjayakan konsert bertajuk 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” di
Kuala Lumpur di Mega Star Arena, KL pada hari Sabtu, 20 April 2024 jam 8 malam adalah atas usaha Hit Maker Entertainment dan Lo-Fi Entertainment selaku penganjur bersama.

CNBLUE yang dianggotai oleh Yonghwa sebagai vokalis utama dan gitar, pemain dram
Minhyuk serta Jungshin sebagai pemain bass memulakan kerjaya seni mereka pada 2010 di bawah pengurusan FNC Entertainment.

Cnblue

Gabungan nama band dengan perkataan “identity”, CNBLUENTITY adalah untuk
menggambarkan identiti trio tersebut. Sudah pasti band ini akan memikat hati peminat di Malaysia dengan lagu-lagu yang melonjakkan nama mereka seperti I’m a Loner, I’m Sorry, Love and Can’t Stop dan banyak lagi.

Selain itu, CNBLUE juga pasti akan menghiburkan peminat dengan lagu-lagu baharu dendangan mereka dan beramah mesra dengan peminat setia yang digelar BOICE.

Sepanjang kerjaya mereka, CNBLUE telah merakamkan lagu dalam bahasa Korea, Jepun,
Inggeris dan bahasa lain dengan diskografi yang merangkumi 11 album studio, 14 album mini (EP), 33 single dan tiga album kompilasi. Band ini telah menerima pelbagai anugerah seperti Golden Disc Awards, Mnet Asian Music Awards (MAMA) dan Melon Music Awards.

Selain muzik, ketiga-tiga ahli itu juga berbakat dalam bidang lakonan dan sering muncul dalam K-drama. Yonghwa melakonkan watak utama dalam drama komedi Brain Works pada tahun 2023, Minhyuk membintangi drama popular Celebrity tahun lepas, manakala Jungshin memainkan peranan utama dalam komedi percintaan Sh**ting Stars pada tahun 2022.

Tiket ke 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur yang menampilkan pelbagai
faedah kepada peminat akan mula dijual pada jam 12 tengah hari, 29 Februari ini.

Cnblue

Jualan tiket pelbagai faedah yang dijual dalam bentuk terhad ini boleh dibeli melalui
www.ticketingtix.com pada harga berikut, tertakluk pada yuran pemprosesan RM4:

• Zon BOICE – RM798
(Faedah Untuk Peminat: Hanya 900 peminat berpeluang menonton band buat soundcheck, 900 peminat menyertai Sesi Selamat Tinggal, 200 peminat mendapat poster yang ditandatangani, Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.)
• Zon THEN – RM698
(Faedah Untuk Peminat: Hanya 100 peminat berpeluang menonton band buat soundcheck, 100 peminat menyertai Sesi Selamat Tinggal, 60 peminat mendapat poster yang ditandatangani, Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.)
• Zon NOW – RM598
(Faedah Untuk Peminat: Poster ditandatangani untuk 40 peminat, Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.)
• Zon FOREVER – RM398
(Faedah Untuk Peminat: Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.)

Sebelum jualan untuk umum, prajualan dalam talian untuk konsert itu akan disediakan dan
peminat boleh membuat prapendaftaran di https://bit.ly/3UzKfCZ dengan kapasiti terhad,
bermula dari 23 Februari selama tiga hari sahaja. Pendaftar yang berjaya akan dapat
mengakses prajualan tiket pada 28 Februari jam 12 tengah hari dan menerima lanyard
berlamina terhad dengan pembelian tiket mereka.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti Lo-Fi Entertainment di Facebook dan Instagram.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...