Mesti ramai kan yang merindui Nam Joo-hyuk?
Pada 19 September hari ini, Nam Joo-hyuk telah menamatkan perkhidmatan tenteranya selepas 1 tahun 6 bulan.
Untuk pengetahuan, pelakon lelaki itu telah menyertai Unit Bergerak Kor Polis Tentera pada Mac tahun lalu dan selesai berkhidmat dengan jayanya.
#NamJooHyuk discharged from military service. pic.twitter.com/pIa6VqDS6A
— Hallyu (@hallyudotcom) September 19, 2024
Sementara itu, Nam Joo-hyuk juga sedang mempertimbangkan tawaran untuk terajui drama “Donggung” bersama Roh Yoon-seo.
Nantikan comeback Nam Joo-hyuk!