Dah 1 tahun 6 bulan senyap, pastinya EXO-L dah rindu sangat nak tengok EXO buat comeback kan?
Jangan risau kerana idola popular itu sudah pun mendedahkan tarikh terbaru album istimewa mereka. Khabarnya ia bakal dilancarkan pada 7 Jun nanti.
Selepas senyap seketika apabila membuat pengumuman mengejut sebulan lalu, SM Entertainment akhirnya meriliskan teaser kelmarin bagi menandakan comeback EXO sudah kian hampir.
EXO 엑소 Special Album [DON’T FIGHT THE FEELING]#엑소 #EXO #weareoneEXO#DONT_FIGHT_THE_FEELING pic.twitter.com/o7dM7axDwb
— EXO (@weareoneEXO) May 10, 2021
Katanya, album “DON’T FIGHT THE FEELING” ialah merupakan hadiah kepada peminat selepas sekian lama mereka tidak meriliskan album bersama.
Disebabkan beberapa ahli sudah memasuki latihan ketenteraan pada ketika ianya dirakamkan, album istimewa ini hanya akan disertai oleh Kai, Sehun, Chanyeol dan Baekhyun yang baru sahaja mendaftar sebagai tentera dengan dua ahli lain yang sudah pun menamatkan latihan iaitu Xiumin dan D.O.
Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.