Ikuti Kami:

Selena Gomez Sah Tampil Dalam Single Terbaru BLACKPINK

Selena Gomez Sah Tampil Dalam Single Terbaru BLACKPINK

Dengar cerita BLACKPINK bakal bergabung tenaga dengan seorang penyanyi popular untuk single terbaru nanti! Meskipun dirahsiakan daripada pengetahuan peminat tetapi nampaknya ia sudah dibongkarkan.

Pada 12 Ogos, YG Entertainment telah meriliskan poster terbaru untuk single kedua BLACKPINK selepas “How You Like That” tersebut. Rupanya penyanyi Selena Gomez disahkan bakal bergandingan dengan kumpulan idola ini untuk lagu baru itu.

blackpink dan selena gomez

Bahkan sebenarnya peminat dah dapat menebak bahawa single kedua itu bakal menampilkan penyanyi tersebut sebelum ini selepas ada beberapa media membuat laporan eksklusif mengenainya, namun YG Entertainment meminta semua bersabar dan menantikan pengumumuman rasmi nanti. Dan kini ianya sudah terbukti!

Pasti ramai yang dah tak sabar kan? Jangan lupa nantikan lagu baru itu diriliskan pada 28 Ogos nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...