Ikuti Kami:

Selami Kisah Sedih Serta Lucu Bersama IU & Park Bogum Dalam ‘When Life Gives You Tangerine’ Di Netflix

Selami Kisah Sedih Serta Lucu Bersama IU & Park Bogum Dalam ‘When Life Gives You Tangerine’ Di Netflix

Setelah sekian lama menanti, “When Life Gives You Tangerine” bakal menyapa penonton di Netflix hari ini.

Dalam satu sidang media rasmi, pengarah dan para pelakon drama berkenaan iaitu IU, Park Bo-gum, Moon So-ri dan lain-lain telah menceritakan lebih mengenai inti pati drama berkenaan.

4 musim kehidupan

Berlatar belakangkan keindahan Pulau Jeju bermula pada tahun 1960-an, ia mengikuti kisah Ae-sun, seorang wanita muda yang tegas dan bersemangat dengan minat terhadap sastera yang bercita-cita menjadi penyair, serta Gwan-sik, seorang lelaki pendiam yang dikenali sebagai “besi tak terkulai” kerana kesetiaannya yang tak tergoyahkan

Ulas pengarahnya iaitu Kim Won-suk, drama ini bakal memaparkan penghormatan kepada generasi orang tua terdahulu dan anak muda untuk masa hadapan,

Ia adalah sebuah cerita yang menangkap keempat-empat musim kehidupan. Kami juga berharap kisah ini dapat membantu memecahkan halangan yang tidak terlihat antara generasi.

when life gives you tangerine

Cerita menyentuh hati namun lucu

Menyoroti harapan cerita itu untuk merapatkan generasi, Moon So-ri berkata skrip itu mengingatkannya pada ibu bapa lantas berterusan menyentuh hatinya.

Daripada skrip yang pernah saya baca sepanjang hidup saya, ini adalah yang paling membuatkan saya menangis. Itu bermakna saya harus terlibat dalam projek ini.

Pun begitu, pengarahnya menegaskan supaya penonton tidak salah faham kerana terdapat juga pelbagai elemen lucu dalam “When Life Gives You Tangerine”

Saya hanya ingin menegaskan bahawa ia akan membuatkan anda terharu, tetapi ia juga sangat menyeronokkan dan akan membuat anda ketawa, jadi ia lucu dan ada sedikit humor, tetapi pada masa yang sama, anda akan menangis.

when life gives you tangerine

Keserasian antara IU dan Park Bo-gum

Seperti dijangka penonton, IU dan Bo-gum juga mendapati bahawa mereka mudah untuk bekerja dengan satu sama lain kerana mereka sebaya dan telah mengenali sejak sekian lama.

Ulas Park bo-gum mengenai keserasiannya bersama IU,

Saya rasa saya sangat bergantung kepadanya. Saya akan meminta pendapatnya untuk setiap babak, dan kami dapat berkongsi idea dengan bebas semasa penggambaran. Dia adalah pasangan terbaik yang pernah saya harapkan.

when life gives you tangerine

Sejarah Jeju sebenar

Pengarah mendedahkan latar belakang memainkan peranan penting dalam cerita ini, terutama untuk watak Ae-sun. Dia juga menekankan bahawa Jeju menambah kedalaman sejarah kerana ia berfungsi sebagai “tempat penyatuan” bagi rakyat Korea pada tahun 1950-an dan 1960-an, dengan ramai orang dari daratan berpindah ke pulau tersebut.

Namun bagi Kim, salah satu cabaran dalam menghasilkan drama ini adalah menangkap “banyak generasi dalam satu siri,”

Watak-watak dipengaruhi oleh masa, era. Jadi sangat penting bagi kami untuk mendapatkan butiran sejarah dan keaslian yang tepat kerana ia adalah bahagian penting dalam siri ini.

Bukan itu sahaja, pihak produksi dikatakan bertungkus-lumus bersama penterjemah untuk memastikan kesemua kisah dan cerita yang ditampilkan bakal difahami oleh peminat global.

Bagi yang dah tak sabar, korang boleh menonton empat episod awal “When The Life Gives You Tangerine” di Netflix bermula hari ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.