Selain merupakan seorang pelakon yang berbakat, Lim Ji-yeon tidak dinafikan merupakan salah seorang selebriti dengan kecantikan yang menawan.
Baru-baru ini, Lim Ji-yeon telah menghadiri sidang media untuk filem barunya berjudul “Revolver”, bersama dengan barisan pelakon lain seperti Ji Chang-wook, Jeon Do-yeon dan ramai lagi.
Tampil elegan dengan memakai pakaian berwarna hitam, wanita itu turut menarik perhatian dengan bajunya yang terbelah di bahagian dada, sehingga menampakkan pakaian dalamnya.
lim jiyeon the woman that you are pic.twitter.com/EctLPvlnuG
— kdrama diary (@kdramasdiary) July 9, 2024
Selain itu, Lim Ji-yeon juga nampaknya tidak segan untuk menunjukkan bahagian belakang badannya yang terdedah, membuatkan ramai terpesona dengan kecantikannya yang tidak perlu dipersoalkan lagi.
Sementara itu, filem “Revolver” menceritakan kisah seorang bekas pegawai polis yang berusaha untuk mencapai matlamatnya dan akan ditayangkan pada 7 Ogos ini.
Jangan lupa tonton!