Selepas 11 tahun akhirnya, Lee Kwang-soo akan meninggalkan “Running Man” bagi memberikan perhatian kepada rawatan kakinya akibat kemalangan kecil pada tahun lalu.
Rata-rata peminat dan penonton setia rancangan itu nyata hampa dan sedih apabila berita itu dimumkan buat pertama kalinya pada bulan lalu. Walaubagaimanapun faham dengan kesulitan yang dialami pelakon tersebut dan mengharapkan agar kesihatannya akan pulih seperti sedia kala.
Hari ini (24 Mei), diumumkan bahawa Lee Kwang-soo akan menjalani penggambaran terakhirnya sebagai ahli “Running Man” dan secara rasmi mengundurkan diri daripada program tersebut.
Meskipun berat untuk meninggalkannya namun lelaki itu menyampaikan bahawa dia membuat keputusan ini supaya dapat menjalani rawatan dan menonjolkan diri yang lebih baik pada masa akan datang.
Sedinya, kita semua mesti nangis masa tayangan episod akhir Lee Kwang-soo kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.