Ikuti Kami:

“Selamat Tinggal..” – Buat Live Terakhir, Jungkook BTS Nangis Sebelum Masuk Tentera

“Selamat Tinggal..” – Buat Live Terakhir, Jungkook BTS Nangis Sebelum Masuk Tentera

Jung-kook BTS telah berinteraksi bersama peminat buat kali terakhir sebelum memasuki latihan ketenteraan.

Sepanjang tahun 2023, Jung-kook BTS telah melakukan banyak siaran langsung bersama peminat. Di mana dia telah melakukan pelbagai aktiviti seperti menyanyi, memasak, membasuh baju dan juga tidur.

Malah, ada di antara siaran langsungnya yang berjalan selama berjam-jam sehingga pagi.

Tetapi, pada 11 Disember, ahli BTS tersebut telah melakukan siaran langsung terakhirnya pada tahun ini sebelum dia menjalani latihan ketenteraan.

Di siaran langsung tersebut, Jung-kook seperti biasa telah menceritakan harinya dan mendedahkan bahawa dia telah meluangkan masa bersama kawan rapat serta ahli BTS yang lain.

Namun, ketika ahli termuda BTS itu mengucapkan selamat tinggal kepada ARMY (kelab peminat BTS), peminat mendapati bahawa Jung-kook seakan sedang menahan diri daripada nangis.

Ada juga yang menyatakan bahawa mata ahli BTS itu kelihatan merah, menandakan bahawa Jung-kook mungkin baru sahaja selesai menangis sebelum melakukan siaran langsung tersebut.

Disebabkan itu, rata-rata peminat telah memberikan kata-kata semangat serta berharap agar Jung-kook serta ahli BTS yang lain selamat kembali daripada menjalani latihan ketenteraan tersebut.

Jumpa lagi 2 tahun Jung-kook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.