Ikuti Kami:

“Selamat Tinggal Ayah” – Mino WINNER Luah Kesedihan Di Hati Setelah Pemergian Bapa

“Selamat Tinggal Ayah” – Mino WINNER Luah Kesedihan Di Hati Setelah Pemergian Bapa

Kesiannya Song Mino…

Baru-baru ini, Song Mino yang merupakan ahli kumpulan WINNER, mengadakan pameran individu pertamanya, “Thanking You – Ohnim Solo Exhibition” di Start PLUS, Seongdong-gu, Seoul. minoTerdapat hampir 20 hasil karya yang dipamerkan di bawah pameran Mino, termasuklah “Giraffe In My Eyes 1” yang merupakan surat tulisan tangan Mino kepada bapanya dan ianya diterbitkan selepas kematian bapanya baru-baru ini.

Menerusi surat itu, Mino meluahkan rasa hatinya dengan berkata,

Selamat tinggal, ayah. Ayah saya sangat pentingkan diri sehingga ke hujungnya. Kenapa ayah terlalu ingin untuk tinggalkan semuanya begitu sahaja? Kenapa ayah kena terburu-buru pada hari itu?

minoMalah, Mino turut menyalahkan dirinya sendiri di atas pemergian ayahya.

Saya selalu merungut saya sunyi sedangkan saya ada ramai kawan, abang dan adik. Mesti ayah rasa lebih sunyi daripada saya. 

Ayah rasa bila saya bayar 10 milion won (RM 33,775.92) setiap bulan untuk bil hospital itu suatu pembaziran ke? Sebab itu ke ayah pilih untuk pergi? Ayah, itu bukan suatu pembaziran sama sekali. Saya cuma nak ada lebih banyak masa bersama ayah untuk berbual. Saya tidak boleh kalah sekarang, saya kena lindungi apa yang saya ada. Selamat tinggal ayah, saya rindukan ayah sangat. 

minoSebelum ini, ayah kepada Mino telah meninggal dunia pada 21 November yang lalu disebabkan oleh penyakit kronik.

Hm… kesian Mino kan? Anak mana je tak sedih bila ayah dah takde…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...