Mempunyai pengakhiran yang tergantung, pasti ramai yang menantikan bahagian 2 “The Glory”, kan?
BACA: Tampil Misteri, Pelakon Ini Dijangka Akan Jadi Watak Penting Dalam Bahagian 2 ‘ The Glory’
Terbaru, Netflix telah melancarkan video trailer rasmi bahagian 2 “The Glory”, yang bakal disiarkan pada 10 Mac ini.
Menambah keterujaan penonton, video tersebut bermula dengan Park Yeon-jin berkata kepada Moon Dong-eun,
Pengampunan? Siapa yang patut memaafkan siapa? Saya tak buat salah, Dong-eun.
The Glory is back — with a vengeance. Part 2 premieres March 10 pic.twitter.com/dlk8khmeRI
— Netflix (@netflix) February 9, 2023
Menerusi video yang dikongsi, bahagian 2 drama ini akan memfokuskan kepada watak Song Hye-kyo yang akan membalas dendam kepada setiap pembulinya.
Selain itu, poster untuk bahagian 2 “The Glory” turut dilancarkan, menunjukkan bahawa nasib setiap watak akan berada di tangan Moon Dong-eun.
복수라는 이름 하에 지독하게 얽힌 이들.
3월 10일, 온 인생을 건 복수가 시작됩니다. #더글로리 #TheGlory #송혜교 #이도현 #임지연 #염혜란 #박성훈 #정성일 #김히어라 #차주영 #김건우 #넷플릭스 #Netflix pic.twitter.com/0R9Nq0TRuT
— Netflix Korea|넷플릭스 코리아 (@NetflixKR) February 9, 2023
Sama-sama kita nantikan bahagian 2 “The Glory” bakal ditayangkan pada 10 Mac ini!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉