Selalu Dilihat Di Rumah Bersama, G-Dragon BIGBANG & Jennie BLACKPINK Dilaporkan Sudah Setahun Bercinta

jennie dating g-dragon

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba G-Dragon dari BIGBANG dan Jennie dari BLACKPINK dikatakan sedang hangat bercinta!

Sudah setahun dikatakn bercinta, mereka mula berkenalan apabila Jennie membintangi muzik video GD pada tahun 2012, sebelum turut menyanyi sekali dalam lagu “BLACK”, solo dalam album lelaki itu.

Menurut Dispatch, kedua mereka sering menghabiskan masa di villa mewah G-Dragon terletak di Hannam-dong. Disebabkan oleh lokasi parkir dan pintu rumah yang tertutup, pasangan ini tidak mempunyai risiko yang tinggi untuk terdedah kepada mata orang awam. Bahkan dikatakan bahawa kenderaan milik Jennie turut didaftarkan di bawah alamat rumah GD.

jennie dating g-dragon

Rutin dating pasangan ini adalah sangat konsisten di mana selepas BLACKPINK tamat promosi, Jennie akan singgah ke rumah GD dahulu. Walaupun ketika tidak sibuk, rutinnya kekal sama.

Hubungan mereka juga digambarkan sebagai ‘rahsia terbuka’ di YG Entertainment. Pengurus Jennie bertugas untuk menghantar dan mengambilnya di rumah ahli BIGBANG tersebut. Malah berita di mana GD kadang-kadang melawat BLACKPINK di tempat penggambaran menyebabkan godip itu semakin hangat diperkatakan.

Bulan lepas, Jennie dilihat keluar daripada kediaman GD pada pagi konsert atas talian BLACKPINK. Malah Dispatch dapat mengesan kereta penyanyi rap itu yang diparkir kemas di tempat penggambaran konsert tersebut, Kintex.

jennie dating g-dragon

Katanya, ramai yang tahu mengenai hubungan mereka malah ibu Jennie juga bersyukur kerana GD menjaga anak perempuannya dengan baik.

Menurut YG Entertainment,

Kami tidak boleh mengesahkan apa-apa mengenai hal peribadi artis kami. Kami harap anda faham.

Kalau betul , memang power couple betul ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply