Ikuti Kami:

Sekali Lagi Cipta Sejarah, BLACKPINK ‘Pink Venom’ Raih 100 Juta Penstriman Di Spotify

Sekali Lagi Cipta Sejarah, BLACKPINK ‘Pink Venom’ Raih 100 Juta Penstriman Di Spotify

BLACKPINK sekali lagi telah mencipta sejarah sebagai kumpulan wanita!

Terbaru pada 5 September, YG Entertainment mengumumkan bahawa single pra-keluaran BLACKPINK “Pink Venom” telah meraih 100 juta penstriman di Spotify, merupakan lagu ke-24 mereka yang mempunyai kejayaan itu.

Apa yang menakjubkan, “Pink Venom” mengambil masa hanya 17 hari untuk mencipta rekod itu, dan kini merupakan lagu terpantas oleh mana-mana kumpulan wanita dalam sejarah yang mencapai 100 juta strim di Spotify.

Untuk pengetahuan, rekod sebelum ini untuk kumpulan gadis terpantas melepasi 100 juta penstriman turut dipegang oleh BLACKPINK dengan lagu “How You Like That” pada tahun 2020, yang mengambil masa 29 hari.

blackpink shut down

Dalam pada itu, BLACKPINK akan mengeluarkan album penuh kedua mereka “Born Pink” dengan judul lagu “Shut Down” pada 16 September ini.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...