Nampaknya, berita mengenai kerehatan BTS dari aktiviti kumpulan bukan sahaja mengejutkan peminat, malahan pelabur di HYBE turut tidak menjangkakan perkara ini.
Sejurus selepas pengumuman terbaru tentang tempoh rehat aktiviti kumpulan BTS, harga saham HYBE jatuh lebih daripada 20% dalam sehari. Hanya dalam tempoh yang singkat, paras pasaran HYBE turun sebanyak 2 trilion KRW (hampir RM7 bilion).
Pada 15 April, saham HYBE didagangkan pada 294,000 KRW (RM1006) sesaham, tetapi pada 15 Jun, ianya turun kepada 145,000 KRW (RM496) sesaham. Dalam sehari, saham dalam agensi itu menjunam sebanyak 25%.
Tambahan, saham HYBE kini telah mencapai hampir paras terendah dalam rekod sejak IPOnya pada Oktober 2020. Menurut Bloomberg,
HYBE merosot sebanyak 28% pada hari Rabu di Seoul, mencecah paras terendah dalam rekod sejak dagangannya pada Oktober 2020 dan menghapuskan nilai pasaran sebanyak $1.7 bilion. Saham turun hampir 60% tahun ini, dengan ketara mengatasi prestasi penanda aras ekuiti yang lebih luas (Korea).
Fuh..banyak tu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.