Ikuti Kami:

Sehun EXO Sah Sertai Drama ‘Now, We’re Breaking Up’ Bersama Song Hyekyo & Jang Kiyoung

Sehun EXO Sah Sertai Drama ‘Now, We’re Breaking Up’ Bersama Song Hyekyo & Jang Kiyoung

Makin teruja pula nak menonton drama baru lakonan Song Hye-kyo “Now, We’re Breaking Up” nanti.

Ha Young-eun (Song Hye-kyo) ialah seorang pengurus bagi pasukan pereka di sebuah syarikat fesyen. Watak tersebut digambarkan sebagai seorang yang realistik dan dingin namun bijak serta mementingkan keselamatan berbanding benda lain. Meskipun sudah berusia 38 tahun, Ha Young-eun terkenal kerana sentiasa menjaga badannya dan mengikuti trend semasa bagi mengekalkan awet muda selain rupa yang menawan. Wanita ini juga sangat teliti dalam mendapatkan ganjaran daripada kerjanya sendiri dan tidak mempunyai masa untuk menangis kerana lelaki.

Selepas Song Hye-kyo, Jang Ki-yong dan Kim Ju-hun disahkan akan menerajuinya, Se-hun daripada kumpulan popular EXO juga dilaporkan bakal menyertai drama itu sebagai watak sampingan.

sbs now we're breaking up

Se-hun akan melakonkan watak sebagai pereka baru yang menyertai pasukan tersebut. Bahkan dia akan banyak berlakon bersama Song Hye-kyo yang membawa watak pengurus pasaukan yang sama. Malah agensinya SM Entertainment sudah pun mengesahkan berita tersebut. Yes!

Kalau anda nak tahu, ini adalah kali pertama ahli idola itu berlakon dalam drama tempatan sejak karier seninya bermula pada 9 tahun lalu. Tapi dia mempunyai pengalaman berlakon dalam drama web di China dan juga Korea iaitu “Dokgo Rewind”. Malah dia juga baru sahaja selesai dengan penggambaran filem “Pirates 2” baru-baru ini.

Syoklah peminat Se-hun dapat tengok dia dalam drama baru!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...