Ikuti Kami:

Sedih & Tawa Hingga Penamat, Episod Akhir ‘Uncle’ Raih Rating Memuaskan

Sedih & Tawa Hingga Penamat, Episod Akhir ‘Uncle’ Raih Rating Memuaskan

Meskipun kurang meniti di bibir ramai, namun “Uncle” merupakan antara drama yng mendapat perhatian kini. Sedih rasanya apabila naskhah itu menamatkan tayangannya kelmarin.

Sinopsis

“Uncle” ialah drama komedi mengenai seorang ayah saudara yang bekerja sebagai ahli muzik dan papa kedana. Disebabkan oleh penceraian kakaknya yang serabut, dia terpaksa menjaga anak buahnya buat sementara waktu.

Berakhir bahagia

[Amaran SPOILER]

Episod akhir ini bermula dengan babak menyedihkan apabila Wang Jun-hyeok yang gagal memperolehi kesihatan yang baik meskipun sudah menjalani pembedahan untuk penyakit jantungnya. Bahkan dia sempat melakukan persembahan terakhir bersama anak saudara kesayangan, Min Ji-hoo sambil disaksikan oleh ahli keluarganya.

tv chosun uncle

Melompat ke 7 tahun kemudian, kanak-kanak itu sudah membesar sebagai seorang bintang idola popular. Membanggakan apabila dia turut memperkenalkan pak ciknya sebagai inspirasi hidupnya. Rupanya Wang Jun-hyeok sudah pulih sepenuhnya dan merupakan seorang ayah kepada seorang anak perempuan kini.

Rating tinggi

Meskipun tidak mampu menandingi rekod rating terbaiknya iaitu 9.33% yang dicatatkan semasa episod ke-14 namun “Uncle” melabuhkan tirai dengan angka yang memuaskan iaitu 7.76%.

Tidak dinafikan bahawa drama “Uncle” berjaya membawa tangisan dan tawa hingga ke penghujungnya.

Korang dah habis layan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...