Ikuti Kami:

Sedia Menakluki Sebagai Lanun, EVERGLOW Kembali Dengan Lagu ‘Pirate’

Sedia Menakluki Sebagai Lanun, EVERGLOW Kembali Dengan Lagu ‘Pirate’

EVERGLOW telah kembali dengan lagu “Pirate”!

Dalam muzik video lagu tersebut, EVERGLOW telah bersedia untuk menakluki sebagai lanun dunia lain. “Pirate” ialah lagu tajuk album mini ketiga kumpulan gadis itu “Return of the Girl”, dan liriknya menggembirakan mereka yang mempunyai semangat memberontak.

Selain “Pirate” sebagai judul lagu, lagu lain seperti “Back Together”, “Don’t Speak”, “Nighty Night” dan “Company”, turut tersedia di dalam album mini ketiga ini.

Berbeza sedikit dengan kemunculan semula sebelum ini yang didominasi oleh genre muzik hip hop dan trap, kali ini EVERGLOW mempersembahkan muzik EDM dengan tempo upbeat. Bukan sahaja muzik upbeat, menerusi muzik video ini juga kita akan dipertontonkan dengan pelbagai kesan visual dan penampilan sipi daripada ahli.

Ini juga adalah kemunculan semula kedua mereka pada tahun ini dengan mini album “Return of the Girl” selepas keluaran mini album “Last Melody” mereka yang dikeluarkan pada bulan Mei lepas.

Jom dengar lagu baru EVERGLOW!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...