Pada Oktober lepas, Yoo Seung-ho dilihat sedang menjalani penggambaran di Kuching, Sarawak, untuk program “Off The Grid”.
Untuk pengetahuan, “Off The Grid” adalah program jelajah Discovery Channel Korea yang akan diacarakan oleh Yoo Seung-ho.
Dalam episod pertama yang disiarkan, Yoo Seung-ho pergi melawati bandar Kuching di Sarawak, di mana dia menerokai tempat-tempat bersejarah, budaya masyarakat dan makanan popular di situ.
https://www.tiktok.com/@wangzek98/video/7185917248484281627
Menerusi video TikTok yang dikongsi peminat, pelakon itu telah mencuba pencuci mulut terkenal di Sarawak iaitu aiskrim gula apong. Yoo Seung-ho mendedahkan bahawa dia bukanlah penggemar aiskrim namun, dia menghabiskannya dalam sekelip mata dek kesedapannya yang tidak terhingga.
Bukan sahaja aiskrim gula apong malahan, Yoo Seung-ho turut mencuba goreng pisang panas yang dihidangkan bersama keju dan susu pekat di atas.
Nampaknya, pelakon “I’m Not A Robot” itu menyukai hidangan tersebut dan menjelaskan bahawa gabungan makanan bergoreng bersama keju memang tidak akan mengecewakan.
Sekadar info, tiada sebarang skrip yang disediakan dalam program ini kerana ia mementingkan konsep realiti dan ‘healing’ yang sebenar.
Fuh, terus rasa macam nak pergi Sarawak juga!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉