Ikuti Kami:

Sedang Dalam Perbincangan, ‘Youn’s Kitchen’ Dikhabarkan Bakal Kembali Dengan Musim Ke-3 Tak Lama Lagi

Sedang Dalam Perbincangan, ‘Youn’s Kitchen’ Dikhabarkan Bakal Kembali Dengan Musim Ke-3 Tak Lama Lagi

Nampaknya musim terbaru rancangan huburan popular iaitu “Youn’s Kitchen” dikhabarkan bakal kembali untuk musim ketiga tak lama lagi.

Menurut laporan eksklusif pada 15 Oktober, “Youn’s Kitchen” akan kembali dengan musim terbaru selepas 2 tahun berehat. Tidak seperti musim-musim sebelumnya, disebabkan oleh pandemik COVID-19, musim kali ini hanya akan dirakamkan di Korea. Katanya, penggambaran akan dilakukan di kepulauan Jeju.

Malah dikhabarkan bahawa ada antara selebriti yang menghiasi musim lepas turut akan menyertai musim baru ini, namun belum dapat dipastikan siapa yang akan kembali bersama “Youn’s Kitchen”.

youn's kitchen musim ketiga

Pihak tvN turut memberikan kenyataan mengenai berita ini.

Kami sedang berbincang mengenai musim baru namun belum ada keputusan yang dibuat lagi.

Kalau anda nak tahu, “Youn’s Kitchen” ialah salah satu program kelolaan PD Na Young-seok yang disukai ramai. Bahkan musim pertama dan keduanya berjaya melepasi rating sebanyak 14%, menandakan popularitinya yang sama ‘level’ dengan K-Drama popular. Program ini memaparkan beberapa selebriti seperti Park Seo-joon dan Jung Yu-mi yang membuka restoran di luar negara dan menghidangkan makanan serta melayan pelanggan sebenar.

Untuk musim ketiga ini, difahamkan bahawa penggambaran akan bermula pada penghujung tahun ini ataupun awal 2021 nanti. Pasti ramai yang dah teruja kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...