Ikuti Kami:

“Sedaapnya Jinjja Korea”, Ini Serius Rasa Mi Sedaap Autentik Korea

“Sedaapnya Jinjja Korea”, Ini Serius Rasa Mi Sedaap Autentik Korea

Sejak-sejak tonton drama Korea ni, asyik rasa nak makan makanan Korea je. Bukan apa, nampak sedap betul bila tengok pelakon makan, terutama sekali mi segera.

Tekstur kenyal mi tu, buat terliur la.

Cakap tentang mi segera, baru-baru ni masa drive, kami ternampak aktor kacak Ahn Hyo Seop pada papan iklan mempromosikan Mi Sedaap. Rupanya, Mi Sedaap baru saja melancarkan rasa terbaru Korean Spicy Chicken tau. 

Ada yang dah cuba ke?

Bukan Sekadar Mi Segera, Tetapi Pengalaman Korea yang Asli

mi sedaap ahn hyoseop

Kalau korang nak tau, Mi Sedaap Korean Spicy Chicken menawarkan tiga pilihan iaitu Goreng, Sup, dan Cawan. 

So, ikutlah citarasa atau mood anda nak makan yang jenis goreng atau berkuah.

Nak tau apa apa yang lagi special dengan Mi Sedaap Korean Spicy Chicken ni?

Bahan-bahan yang digunakan semua berkualiti tinggi seperti cili Korea yang memberikan rasa Korea autentik. Kehangatan rasa pedasnya, memberikan kepuasan dalam setiap suapan. 

Jangan lupa tabur kriuk-kriuk bawang goreng.

Sedaapnya Jinjja Korea”

Nak Pergi Korea Macam Lambat Lagi? Ni Mi Sedaap ‘Bawa’ Korea Datang Ke Malaysia!

mi sedaap ahn hyoseop

Kalau dah makan Mi Sedaap Korean Spicy Chicken dan layan drama Korea, tipulah kalau takde rasa nak jejakkan kaki ke negara kimchi tu.

But no worries guys, sementara korang merancang, biar Mi Sedaap bawakan dulu pengalaman Korea terus kepada korang di roadshow Mi Sedaap.

Pada korang yang tak sempat nak cuba lagi Mi Sedaap Korean Spicy Chicken, inilah masanya untuk cuba sendiri keenakkan Mi Sedaap dengan citarasa Korea ni.

Lebih istimewa pengunjung berpeluang merasai pengalaman menggunakan pakaian tradisional Korea, Hanbok.

Pada yang kaki dance pula, jangan lupa untuk cuba dance machine dan serlahkan bakat tarian dalam diri korang. Kalau ada anda kecil jangan risau, kat roadshow ni siap ada sudut art sand untuk anak-anak korang berkreativiti.

So macam mana? Menarik kan semua aktiviti ni? Jangan lupa save the date okay:

Lokasi: LG, Orange Concourse, Sunway Pyramid
Masa: 10.00 pagi-10.00 malam
Tarikh: 11-16 Februari 2025

Sama ada korang seorang peminat K-drama atau pencinta makanan pedas, Mi Sedaap Korean Spicy Chicken adalah pilihan sempurna untuk memenuhi keinginan korang. 

Jadi, tunggu apa lagi? Rasailah “Sedaapnya Jinjja Korea” hari ini bersama Mi Sedaap!

Jangan lupa untuk mengikuti laman Facebook Mi Sedaap Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok untuk maklumat terkini dan promosi menarik!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...