Ikuti Kami:

Secret Number Bakal Lancar Single Ke-4 June Ini, Comeback Setelah 8 Bulan

Secret Number Bakal Lancar Single Ke-4 June Ini, Comeback Setelah 8 Bulan

Kumpulan penyanyi wanita yang baru sahaja debut pada tahun 2020 lalu, kini dikhabarkan bakal buat comeback. Secret Number makin mengorak langkah dalam industri nampaknya!

Secret Number yang terdiri daripada 5 orang ahli iaitu Léa, Dita, Jinny, Soo-dam, Zuu dan Min-ji dikhabarkan bakal membuat comeback setelah 8 bulan. Secret Number bakal mengeluarkan album single ke-4 mereka selepas lagu “Fire Saturday” mereka yang dilancarkan pada Oktober tahun lepas.

Agensi mereka, VINE Entertainment mengumumkan khabar baik itu dimana album single ke-4 itu bakal dilancarkan pada 12 Jun akan datang.

Pada 9 dan 11 Mei, imej poster comeback dan video teaser untuk comeback telah dimuat naik melalui akaun Instagram rasmi Secret Number (@secretnumber.official), mengesahkan comeback mereka itu secara rasmi. Imej poster buat comeback yang akan datang itu disertakan dengan tarikh keluaran single tersebut.

secret number

Dalam pada itu, video teaser untuk comeback itu juga turut dimuat naik melalui akaun YouTube rasmi (@secretnumber). Rata-rata dalam kalangan peminat amat teruja dengan comeback tersebut dan meninggalkan komen-komen yang menyokong serta menantikan konsep yang dibawa untuk single mereka kali ini.

Secret Number telah dipilih sebagai “2020 Top 5 Most Streamed RADAR Korea Artist” oleh Spotify, platform muzik terbesar dunia, dan juga pernah memenangi anugerah “Female Rookie of the Year” pada 2020.

Secret Number sekali lagi berjaya meraih perhatian dengan kejayaan membawa konsep retro dengan berkesan melalui lagu “Fire Saturday” tahun lalu, di mana Jessie turut mengambil bahagian dalam penulisan lirik.

Secret Number dijangka bertemu dengan peminat secara global dengan kemahiran dan daya tarikan mereka yang dipertingkatkan setelah 8 bulan. Jadi, korang para peminat dah boleh mula berteka-teki dengan konsep dan genre untuk single terbaru kali ini. Kongsi pendapat korang tau!

Siapa bias korang dalam Secret Number?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...