Ikuti Kami:

“Secepat Mungkin..” – Kim Jongkook Diasak Soal Perkahwinan, Reaksi Song Jihyo Curi Perhatian

“Secepat Mungkin..” – Kim Jongkook Diasak Soal Perkahwinan, Reaksi Song Jihyo Curi Perhatian

Sampai bila-bila pun, Kim Jong-kook pastinya tidak terlepas disoal mengenai hal perkahwinan memandangkan usianya yang sudah di penghujung 40-an.

Ketika “SBS Entertainment Awards 2023” kelmarin, Lee Kyung-gyu memuji Kim Jong-kook kerana berpakaian seperti pengantin lelaki dan berkata,

Kenapa kamu tidak berkahwin? Mengapa kamu tidak boleh melakukannya? Adakah ada sebarang cerita di sebaliknya?”

Pengacara Lee Sang-min menambah,

Kamu tidak mahu atau tidak boleh? Kamu mahu kahwin? Ada orang yang mahu kamu nikahi?

Sebagai jawapan, Kim Jong-koook menjawab,

Saya mahu kahwin dan saya akan melakukannya. Saya patut melakukannya dengan cepat…

kim jongkook

Pada ketika itu, kamera tiba-tiba memberi tumpuan kepada wajah Song Ji-hyo, yang duduk di meja yang sama dengan pasukan “Running Man”.

Kim Jong-kook terus berkata,

Saya tidak tahu bila, tetapi saya akan cuba melakukannya secepat yang saya boleh.

Haha juga mengusik rakan karibnya Kim Jong-kook,

Dia bercakap tentang perkara itu selama 20 tahun. Jae-suk dah tak larat menunggu. Adakah dia menurunkan standard ataukah kerana Britney? Kamu berdating dengan baik di LA, betul? Saya harap kamu kahwin cepat demi kebaikan anak-anak kamu. Kemudian, kamu boleh memberi tumpuan lebih kepada ‘Running Man’, bukan?

Sampai bila agaknya lawak ini akan berterusan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...