Dah 11 tahun berkahwin, Lee Byung-hun dan Lee Min-jung telah dikurniakan dua cahaya mata.
Baru-baru ini menerusi laman komuniti dalam talian, foto anak sulung Lee Byung-hun dan Lee Min-jung iaitu Joon-hoo, telah jadi perbualan ramai.
Khususnya, ini merupakan kali pertama wajah anak mereka didedahkan kepada umum, meraih perhatian ramai.
Meninjau ruangan komen, ramai rata-rata menyatakan bahawa anak lelakinya itu mirip ayahnya dengan menulis,
- Sebijik Lee Byung-hun.
- Wajahnya sama macam Lee Byung-hun.
- Matanya nampak macam ibunya tapi auranya sama seperti ayahnya.
- Dari kecil lagi dah kacak.
Sementara itu, anak sulung Lee Byung-hun, Lee Joon-hoo, sudah pun mencecah usia 9 tahun kini.