Ikuti Kami:

Sebelum Sertai Latihan Tentera, Song Kang Dilihat Sedang Bekerja Sambilan Di Sebuah Kafe

Sebelum Sertai Latihan Tentera, Song Kang Dilihat Sedang Bekerja Sambilan Di Sebuah Kafe

Selepas drama “My Demon” tamat, Song Kang katanya sedang bekerja sambilan di sebuah kafe?

Terbaru pada 6 Februari, Song Kang telah mengejutkan orang ramai apabila dia dilihat sedang bekerja sambilan di kedai coklat Godiva.

Turut tampil dengan memakai pakaian seragam lengkap, pelakon itu juga mesra memberi layanan buat pelanggan yang hadir, seperti membuatkan minuman dan ais krim.

Untuk pengetahuan, sebagai duta terbaru buat jenama itu, Song Kang telah terlibat dengan acara istimewa mereka di mana, dia menguruskan kedai Godiva di cawangan Gangnam untuk sehari.

Sementara itu, Song Kang juga dijangka bakal menyertai khidmat ketenteraan pada hari ini, selepas membuat penampilan di acara Godiva.

Selamat berkhidmat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...