Ikuti Kami:

“Sebelum Julai Atau Ogos..” – BTS Umum Comeback & World Tour Pada 2026 Nanti

“Sebelum Julai Atau Ogos..” – BTS Umum Comeback & World Tour Pada 2026 Nanti

Siap sedia ARMY untuk kemunculan semula BTS!

Pada malam 1 Julai, kesemua ahli BTS telah berkumpul bersama untuk siaran langsung menerusi laman Weverse.

Selain bercakap tentang perkembangan terbaru mereka, kumpulan itu turut berkongsi bahawa mereka akan mengeluarkan album baru pada musim bunga 2026 nanti dan juga bersiap sedia untuk konsert jelajah dunia.

bts

 

Menurut ketua kumpulan itu, RM, BTS akan mula melakukan persiapan untuk album baru mereka di Amerika Syarikat pada bulan ini. Katanya,

Kami sedang memberi tumpuan dengan bersungguh-sungguh kepada pengkaryaan muzik. Album kumpulan kami benar-benar akan dikeluarkan pada musim bunga akan datang dan anda tidak perlu menunggu sehingga Julai atau Ogos.

Selain itu, BTS juga menegaskan bahawa mereka akan cuba untuk berkomunikasi dengan lebih kerap bersama peminat menerusi siaran langsung di Weverse ataupun sosial media.

Sama-sama kita tunggu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsis

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...