Ikuti Kami:

Sebar Nombor Telefon Konon ‘Fake’ Pada Peminat, Younghoon THE BOYZ Mohon Maaf Atas Sikap Cuai

Sebar Nombor Telefon Konon ‘Fake’ Pada Peminat, Younghoon THE BOYZ Mohon Maaf Atas Sikap Cuai

Young-hoon THE BOYZ telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas isu yang timbul baru-baru ini.

Pada beberapa hari lepas, Young-hoon telah berinteraksi dengan peminat melalui aplikasi pemesejan ‘Universe’. Ketika berborak dengan peminat, Young-hoon membacakan satu komen, di mana salah seorang peminat bertanya,

Young-hoon, ini Jae-hyun. Saya dapat telefon baru. Apakah nombor telefon awak?

Young-hoon sambil berjenaka terus memberikan nombor telefon yang ‘dibuat-buat’ kepada peminat itu, sambil berkata,

Nombor saya ialah 010-XXXX-XXXX. Oh tunggu, jangan telefon ia. Janji awak takkan telefon…Ia adalah tarikh debut kami!!

younghoon the boyz kontroversi

Meskipun niat hanya untuk bergurau pada awalnya, namun, nombor telefon yang disebarkan itu ternyata adalah jumlah nombor yang sesuai untuk nombor telefon sebenar. Apa yang menimbulkan isu di sini ialah, apabila peminat terus membuat panggilan ke nombor itu, dan orang awam biasa yang kebetulan mempunyai nombor telefon yang sama dengan nombor yang ‘dibuat’ Young-hoon, mula menerima banyak panggilan dan teks daripada orang yang tidak dikenali.

Setelah mendapat banyak kritikan dek sikap cuainya, Young-hoon THE BOYZ telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf seperti berikut:

Hello ‘The B’ (nama kelab peminat), ini Young-hoon.

Saya ingin sekali lagi memohon maaf atas masalah yang saya timbulkan pada petang 16 Februari, apabila mesej saya pada platform mesej peribadi menyebabkan kerosakan kepada individu yang tidak berkaitan. Saya telah meminta maaf kepada orang itu melalui agensi saya, tetapi saya memohon maaf di sini sekali lagi.

Saya bersikap cuai kerana saya berasa selesa bercakap secara terbuka dengan peminat kami. Saya telah menyedari bahawa nombor yang saya nyatakan, dibuat menggunakan tarikh debut THE BOYZ, sebenarnya adalah nombor yang digunakan. Saya minta peminat memahami dan memberi kerjasama supaya tiada lagi kerosakan.

Saya akan melakukan yang terbaik mulai sekarang supaya saya boleh lebih berhati-hati semasa berkomunikasi dan untuk hanya menunjukkan sisi baik saya kepada anda. Terima kasih.

younghoon the boyz

Semoga lebih berhati-hati selepas ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...