Ikuti Kami:

“Sebal” – Dibenci Peminat ‘Running Man’ Luar Negara, Ji Yeeun Sekat Ruangan Komen IG

“Sebal” – Dibenci Peminat ‘Running Man’ Luar Negara, Ji Yeeun Sekat Ruangan Komen IG

Kadang kala peminat sesebuah rancangan terlalu obsesif hingga tidak berfikiran dengan rasional.

Siapa yang menonton “Running Man”, pastinya tahu bahawa mereka telah mengambil Kang Hoon sebagai ahli sewaan. Malah mereka turut membawa pelakon Ji Ye-eun beberapa kali sebagai tetamu hingga ada yang tertanya-tanya sama ada mereka turut ‘menyewa’ wanita itu meskipun tiada pengumuman rasmi lagi setakat ini.

Sering membina keserasian bersama Kang Hoon, rupanya ada segelintir penonton yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan penampilan Ji Ye-eun. Sampaikan terdapat komen negatif di Instagram wanita itu hingga dia terpaksa menghadkan ruangan komen dek pelbagai kata cacian memenuhinya.

ji yeeun running man

Peminat luar negara meninggalkan komen seperti, “Menyebalkan. Jangan jemput dia lagi” “Berhenti jemput Ji Ye-eun. Membosankan” “Tidak sesuai”, “Lebih baik jemput idola atau pelakon lain. Membosankan sangat” dan banyak lagi.

Semua lah tak kena..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Top Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...